29 JUN 2010 PERLIS - ICCT
Kami berkumpul di Dataran Lestari, JPN Perlis. Menunggu ahli rombongan. Ramai yang turut serta. Dua buah bas disediakan.Jam 9.00 mlm, kami bertolak ke LCCT dengan doa agar kami selamat pergi dan pulang.
30 JUN 2010 LCCT - HCMC
Seawal jam 5 pagi, kami 'check in' di LCCT dan kapal terbang berlepas tepat jam 7.00 pg. Penerbangan selama 1 jam 45 minit. Selepas hampir dua jam diudara , kami menghampiri bumi Vietnam, dari tringkap kecil kapal terbang, kami melihat terusan yang berselerakan...pemandangan baru di sana
Kejutan pertama. keadaan jalan raya yang sesak tapi berjalan lancar, banyak motor daripada kereta...KAMI TAK NAMPAK EKSIDEN...WALAUPUN JALAN SESAK...
Kami bersarapan di restoran Satay House. Makanan yang sedap....kari ikan.semua makan dengan berselera....lapar...
Seterusnya kami bertolak ke destinasi yang pertama iaitu Terowong Chu Chi. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah dan kami dihidangkan dengan pemandangan baru.Terowong ini dibina semasa tentera vietnam melawan tentera amerika. Dibina sejauh 200 km dan sedalam hampir 4m.Berbagai aktiviti dipamerkan di sini. Pengunjung berpeluang untuk menembak dengan peluru hidup, Kami dihidangkan dengan teh dan ubi kayu bakar.
perangkap
lubang tikus
selepas abis, kami kembali ke HCMC dan menikmati makan malam di Samsudin Restoran
kami menginap di Hoang Phu Gia Hotel di dalam bandar Ho Chi Minh City...lokasi yang strategik....Hotel yg begitu selesa....selesai untuk hari pertama
No comments:
Post a Comment